Wednesday 24 June 2015

Transformasi pengangkutan Awam Keutamaan Rakyat Di Malaysia

Pengangkutan di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
 
Lompat ke: pandu arah , cari
Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya terpanjang di Malaysia.
Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan kepada suatu tahap, kapal terbang.



Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya terpanjang di Malaysia.

Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1798 km, di Semenanjung Malaysia sahaja. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.
 
 
Perkembangan Jaringan Pengangkutan Di Malaysia
Jaringan Pengangkutan Di Malaysia

1. Darat

2. Air

3. Udara

Anda telah memahami keperluan pengangkutan awal. Pada masa itu keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi dan dasar penjajah. Kini, negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat. Terdapat perubahan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan.

Pengangkutan Darat
[peta+ketapi.gif]
Jalan Kereta Api

Perkhidmatan kereta api digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti bijih timah dan kayu balak.

Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Terminal kereta api yang utama ialah Tumpat, Gemas, dan Kuala Lumpur Sentral.

Kereta api ekspress diperkenalkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama.
a. Ekspres Antarabangsa menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur, dan Singapura
b. Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi, perkhidmatan utara-selatan
c. Ekspres Kenali dan Ekspres Wau, perkhidmatan pantai timur

Di Kuala Lumpur, sistem kereta api dibaik pulih dandisediakan perkhidmatan bersepadu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan pencemaran udara.
a. PUTRA-LRT
b. KL Monorel
c. STAR-LRT
d. ERL (Express Rail Link)

Jalan Raya

Paling utama di Malaysia. Jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pantai barat Sabah danSarawak juga padat dengan jalan raya.

Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan, dan perikanan dengan pelabuhan - Prai ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Petaling Jaya ke Pelabuhan Klang.

Lebuh raya dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.

a. Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS)- menghubungkan Bukit Kayu Hitam dengan Johor Bahru
b. Lebuh raya Timur-Barat- menghubungkan Grik dengan Jeli
c. Lebuh raya Persekutuan - menghubungkanKuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang
d. Lebuh raya Pan-Borneo- menghubungkan Kuching dengan Bintulu dan Miri
 
 
- Sejarah Pengangkutan
                        
 
Description: http://www.memori-kedah.com/image/transparency.gif
Sejarah Pengangkutan Air

Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.
Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.
Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:
  1. Mengikut aliran sungai
  2. Menggunakan tenaga
  3. Tiupan angin
  4. Enjin
Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi udara.
Titik tolak yang membolehkan manusia berbuat begitu bermula sejak terciptanya roda dan kapal layar. Kedua-dua ciptaan tersebut telah dibuat 5,500 tahun yang lalu. Namun revolusi pengangkutan sebenarnya hanya bermula sejak tahun 1800an setelah enjin dipasang pada kenderaan darat dan kapal.
Menjelang tahun 1900an, kereta kuda diganti oleh motokar. Kemunculan motokar telah merubah cara hidup masyarakat. Pada masa yang sama pesawat terbang juga berjaya diterbangkan, secara langsung memudahkan lagi manusia ke sana-sini di seluruh dunia. Sekarang kapal terbang yang mampu terbang dua kali ketinggian Gunung Everest dan dua kali peluru rifel dapat membawa kita meliputi jarak beribu-ribu kilometer dalam masa beberapa jam sahaja.
 

 
         
 
Description: http://www.memori-kedah.com/image/transparency.gif
Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Sistem pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia berkait rapat dengan keadaan muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi menguruskan segala urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke sungai-sungai atau ke mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil. Laluan tersebut dikenali dengan nama jalan denai. Laluan denai ini bukan setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga dilalui oleh binatang. Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka. Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau. Bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah:
  1. Menggunakan tenaga
  2. Roda
  3. Haiwan tunggangan
  4. Gabungan binatang dan roda
  5. Enjin
Tanah Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerja-kerja membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari kawasan lombong ke stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris, jalan raya dibaiki. Tuan punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah berusaha membaiki jalan raya di ladang-ladang mereka. Banyak tempat perhentian dari ladang-ladang dan stesen-stesen kereta api dibina. Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang.
 
    
 
Description: http://www.memori-kedah.com/image/transparency.gif
Sejarah Pengangkutan Kereta Api

Kemunculan kereta api pada awal tahun 1800an menandakan satu revolusi dalam bidang pengangkutan. Buat pertama kali dengan adanya "jalan besi" orang ramai dapat membuat perjalanan jauh dalam keadaan yang agak selesa, selamat dan cepat. Pengangkutan kereta api ada banyak kelebihannya. Geseran antara roda dan landasan keluli amat kurang. Oleh itu, kereta api dapat mengangkut beban yang besar lagi berat, serta bilangan penumpang atau barang angkut yang banyak tanpa menggunakan banyak bahan api.
Pengangkutan kereta api yang terawal di Tanah Melayu ialah di Perak iaitu di antara Taiping dan Kuala Sepetang. Pembukaan landasan ini adalah pada 1 Jun 1885. Stesen Kereta Api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edward VII. Kuala Sepetang dinamakan Port Weld oleh Inggeris. Stesen ini merupakan stesen pelabuhan yang pertama.
Di negeri Kedah, usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama berlaku agak lewat jika dibandingkan dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang. Usaha serta perbincangan untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di "British Foreign Office" di London.
Menjelang akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati bahawa terdapat perkembangan yang agak menggalakkan di dalam aktiviti pertanian dan perlombongan bijih timah di Kedah. Di samping itu, terdapat juga perkembangan perdagangan yang agak menggalakkan di antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang sudahpun menjadi Koloni Inggeris.
Perbincangan serta usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di British Foreign Office di London. Mr R.W.Perks, M.P. telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray, Setiausaha Sulit Hal Ehwal Kerjaan Inggeris berhubung dengan perkara di atas. Mr R.W.Perks mewakili "Malay Konsesi" yang diluluskan oleh kerajaan Siam pada bulan Mac 1891 kepada Mr. Charles Dunlop untuk membina jalan kereta api sejauh 80 batu dari Singgora di bahagian pantai timur ke Kota Setar. Di samping itu, Dunlop juga meminta kebenaran kepada pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Inggeris untuk menyambung landasan kereta api Pulau Pinang. Seterusnya Dunlop juga bercadang untuk meminta kebenaran membina satu lagi landasan cabang dari Kulim ke Selama (sempadan Kedah-Perak).
Namun begitu negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan latarbelakang negeri lain. Sebelum negeri Kedah masuk di bawah naungan Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi pertelingkahan telah timbul bersabit dengan cadangan untuk membina jalan kereta api di negeri Kedah di antara Kerajaan Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada kegagalan cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim. Justeru dengan termetrinya perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909, apabila kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk membina landasan kereta api di Kedah.
Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah bermula pada penghujung tahun 1912, dan dibuka dengan rasminya untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam era sistem pengangkutan dan perhubungan di negeri Kedah.
 
         
 
Description: http://www.memori-kedah.com/image/transparency.gif
Sejarah dan Perkembangan Penerbangan Malaysia

Pengangkutan udara masih terlalu awal jika dibandingkan pengangkutan lain. Pengangkutan ini mempunyai sejarah yang cukup menarik kerana jangkamasa yang diperlukan amat panjang iaitu sebelum tahun masihi lagi untuk menghasilkannya.
Pengangkutan udara adalah cara yang paling pantas. Pesawat terbang mampu membawa lebih banyak penumpang dan empat kali lebih cepat daripada kereta api yang paling laju. Penerbangan bermula daripada penggunaan belon dan kapal udara, tetapi kini kapal terbang menguasai ruang udara. Wright bersaudara menerbangkan kapal pertama dalam tahun 1903. Meskipun penerbangan itu cuma selama 12 saat dan sejauh 37 meter serta lajunya Cuma sepantas larian kuda, peristiwa tersebut merupakan titik tolak bagi manusia ke arah menguasai udara. Kini kapal terbang mengelilingi udara tanpa henti dan pada kelajuan beberapa kali ganda kelajuan bunyi.
 
                      
 
Description: http://www.memori-kedah.com/image/transparency.gif
Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di kedah

Lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah sawah Kepala Batas, kira-kira 14 km dari pusat bandar Alor Setar. Ia telah dibina pada tahun 1927 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kedah semasa pemerintahan Inggeris pada masa itu ialah Royal Air Force (RAF). Tinjauan telah dibuat oleh RAF dengan menggunakan kapal terbang khas bagi mencari lokasi sesuai. Akhirnya Kepala Batas telah dipilih sebagai lokasi yang strategik. Kerja pembinaan lapangan terbang ini memakan masa lebih kurang dua tahun dan selesai proses pembinaanya pada tahun 1929.
Buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebuah pesawat kecil yang mempunyai satu tempat duduk kepunyaan seorang Eropah iaitu Sir Charles Kingford Smith telah singgah di situ. Beliau merupakan seorang juruterbang terkemuka yang dalam satu penerbangan dari England menuju ke Australia telah mencecah rekod penerbangan dalan bahagian jarak penerbangan paling jauh dalam penerbangan (pada masa itu landasan yang digunakan adalah landasan rumput).
Royal Dutch Airline (KLM) merupakan sebuah syarikat penerbangan Belanda, mula menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 1924 dengan mengarahkan pesawat Fokker F27 tiga kipas (Trimotors) yang membawa barangan pos singgah di Kepala Batas. Selepas itu penerbangan British Imperial Airways dari London ke Australia turut menggunakan lapangan terbang ini. Dalam tahun 1931, Will Rigers, seorang pelakon filem yang masyur bermalam di Alor Setar kerana menunggu pesawat KLM ke Bangkok.
Perlumbaan Pesawat Udara Dunia dari Croyden, England ke Melbourne, Australia dalam tahun 19 34 memilih lapangan terbang ini sebagi sebuah tempat rehat dan menambah minyak pesawat-pesawat. Kerana membolehkan kapal-kapal terbang jenis DC2 dan lain-lain pesawat besar singgah di sini, kerajaan telah menambak batu dan menurap dengan aspal satu landasan selebar 60 kaki dan panjang 900 ela dalam tahun 1935.
Apabila Pulau Pinang menyiapkan landasan yang lebih baik di Bayan Lepas dalam tahun 1936, KLM dan Imperial Airways singgah di sana dan tidak datang ke Alor Setar lagi. RAF atau Tentera Udara DiRaja British mengambil alih lapangan terbang ini sebagai Pangkalan Udara Utara Malaysia. RAF menempatkan kapal-kapal jenis Blenheims dan Buffaloes di sini. Jepun telah menawan lapangan terbang ini dalam tahun 1941 dan membina satu landasan. Jepun menggunakan lapangan terbang ini mengangkut bala tenteranya ke Selatan Semenanjung untuk menjatuhkan Singapura.
Selepas perang RAF menggunakan lapangan terbang ini semula dan berusaha memanjangkan landasannya menjadi 1200 ela. Sebuah menara kawalan dibina dan lapangan terbang ini dilengkapi dengan peralatan radio-telefon. Kawasan lapangan terbang ini diperluaskan lagi dan RAF berserta JKR telah membaiki keadaan landasan dan kawasannya sehingga sesuai disinggahi oleh kapal-kapal terbang besar.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, RAF menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada Kerajaan Malaysia. Selepas itu hanya kapal terbang Malaysian Airways (MSA) yang membuat penerbangan di sini.
Dalam bulan September 1964, Tentera Udara Di Raja Malaysia membuka Sekolah Latihan Terbang di Kepala Batas dan tempat ini menjadi sibuk dengan kapal terbang kecil Provos berjentera satu. Dalam tahun 1980, lapangan terbang ini mempunyai terminal baru yang lebih selesa dan landasannya diperpanjang sehingga 1500 ela. Terminal baru ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah dan mengistiharkan lapangan terbang ini sebagai Lapangan Terbang Sulan Abdul Halim.
Sejarah penerbangan Malaysia telah bermula sejak tahun 1937. Pada masa itu, terdapat sebuah syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Malayan Airways Ltd. (MAL). Walaupun penubuhannya pada tahun 1937 tetapi MAL hanya mula memberikan khidmat pengangkutan awamnya pada tahun 1947, iaitu pada tahun selepas penubuhannya. Keadaan ini disebabkan oleh Perang Dunia Kedua atau Perang Jepun.
Malayan Airways pada mulanya menawarkan khidmat tiga kali seminggu melalui laluan Singapura-Kuala Lumpur-Ipoh-Pulau Pinang. Pesawat pertamanya ialah Air Speed Consul UR - Sap. Pesawat ini dipandu oleh Kapten E. Woodeow, seorang rakyat Kanada. Permintaan terhadap khidmat penerbangan pada masa itu terus meningkat. Malayan Airways terpaksa menambah pesawat-pesawatnya untuk membawa lebih ramai penumpang. Antara tahun 1947 dan 1948, syarikat tersebut telah membeli tujuh buah pesawat jenis Douglas Commercial 3. Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Nama Malayan Airways ditukarkan kepada Malaysia Airways. Namun begitu, syarikat penerbangan kebanggaan negara ini masih menggunakan singkatan asal, MAL.
Tarikh sebenar permulaan syarikat penerbangan nasional ialah bulan Mac 1917. Singapura dan Malaysia memiliki syarikat penerbangan berasingan selepas tarikh itu. Malaysia Airways System ditubuhkan pada April 1917. Pada mulanya singkatan MAL digunakan, kemudian ditukar kepada MAS iaitu Malaysian Airlines System. Singkatan MAS tidak melambangkan negara Malaysia. Oleh itu, pada Oktober 1972, MAS dinamakan semula sebagai Malaysia Airlines atau Syarikat Penerbangan Malaysia.
 
 
 Video di bawah menerangkan dengan lebih jelas mengenai Pengangkutan Awam Di Malaysia
 
 
 
 Transformasi Pengangkutan Awam Keutamaan Rakyat

4 comments:

  1. Mcm mne awk dapatkan maklumat utk jaringan kereta api tu ye

    ReplyDelete
  2. 1xBet korean | Sportsbook Review KONGBET Situs Judi Bola
    1xbet 1xbet korean korean. Sportsbook Review & Bet Online. All online sportsbook betting is legal in KONGBET 온카지노 with the KONGBET sign 메리트 카지노 쿠폰 up offer, as well as with the

    ReplyDelete
  3. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete
  4. QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete