Pengangkutan
di Malaysia
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat
ke: pandu arah , cari
Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh
buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya terpanjang di Malaysia.
Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa
pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini
luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi
63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini
berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura.
Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia
adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara
pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas,
kereta api, kereta dan kepada suatu tahap, kapal
terbang.
Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya terpanjang di Malaysia.
Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1798 km, di Semenanjung Malaysia sahaja. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.
Perkembangan Jaringan Pengangkutan Di Malaysia
Jaringan Pengangkutan Di Malaysia
1. Darat
2. Air
3. Udara
Anda telah memahami keperluan pengangkutan awal. Pada masa itu keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi dan dasar penjajah. Kini, negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat. Terdapat perubahan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan.
Pengangkutan Darat
![[peta+ketapi.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrW0aKEmoqpnUChdPqJfnZv6Bk6JmwpD_l3_3worwo_ut0TKrisaO4gtxQ0AMxSyk_5oheYkjDFPnI3Nsgg5ThPB2jxrTRVXdUq30LpBLWqRpgy_IWGkYRUDy2ZoawvKJ1osXgLT0y10I/s1600/peta+ketapi.gif)
Jalan Kereta Api
Perkhidmatan kereta api digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti bijih timah dan kayu balak.
Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Terminal kereta api yang utama ialah Tumpat, Gemas, dan Kuala Lumpur Sentral.
Kereta api ekspress diperkenalkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama.
a. Ekspres Antarabangsa menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur, dan Singapura
b. Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi, perkhidmatan utara-selatan
c. Ekspres Kenali dan Ekspres Wau, perkhidmatan pantai timur
Di Kuala Lumpur, sistem kereta api dibaik pulih dandisediakan perkhidmatan bersepadu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan pencemaran udara.
a. PUTRA-LRT
b. KL Monorel
c. STAR-LRT
d. ERL (Express Rail Link)
Jalan Raya
Paling utama di Malaysia. Jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding pantai timur Semenanjung Malaysia.
Pantai barat Sabah danSarawak juga padat dengan jalan raya.
Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan, dan perikanan dengan pelabuhan - Prai ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Petaling Jaya ke Pelabuhan Klang.
Lebuh raya dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
a. Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS)- menghubungkan Bukit Kayu Hitam dengan Johor Bahru
b. Lebuh raya Timur-Barat- menghubungkan Grik dengan Jeli
c. Lebuh raya Persekutuan - menghubungkanKuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang
d. Lebuh raya Pan-Borneo- menghubungkan Kuching dengan Bintulu dan Miri

Diambil daripada http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=4&p=2&idstopic=31&idskandungan=107
- Sejarah Pengangkutan
|
![]() |
Pengangkutan Darat
Pengangkutan
darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Sistem
pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan
berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia berkait rapat dengan
keadaan muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi
menguruskan segala urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk
ke sungai-sungai atau ke mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil.
Laluan tersebut dikenali dengan nama jalan denai. Laluan denai ini bukan
setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga dilalui oleh binatang. Orang
zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka.
Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang.
Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau. Bagaimanapun
bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa sistem
pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah:
Tanah
Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerja-kerja
membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan
denai menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak
dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari
kawasan lombong ke stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris,
jalan raya dibaiki. Tuan punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah
berusaha membaiki jalan raya di ladang-ladang mereka. Banyak tempat
perhentian dari ladang-ladang dan stesen-stesen kereta api dibina.
Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang.
|
![]() |
Sejarah Pengangkutan Kereta Api
Kemunculan
kereta api pada awal tahun 1800an menandakan satu revolusi dalam bidang
pengangkutan. Buat pertama kali dengan adanya "jalan besi" orang
ramai dapat membuat perjalanan jauh dalam keadaan yang agak selesa, selamat
dan cepat. Pengangkutan kereta api ada banyak kelebihannya. Geseran antara
roda dan landasan keluli amat kurang. Oleh itu, kereta api dapat mengangkut
beban yang besar lagi berat, serta bilangan penumpang atau barang angkut yang
banyak tanpa menggunakan banyak bahan api.
Pengangkutan
kereta api yang terawal di Tanah Melayu ialah di Perak iaitu di antara
Taiping dan Kuala Sepetang. Pembukaan landasan ini adalah pada 1 Jun 1885.
Stesen Kereta Api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edward VII.
Kuala Sepetang dinamakan Port Weld oleh Inggeris. Stesen ini merupakan stesen
pelabuhan yang pertama.
Di
negeri Kedah, usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama berlaku
agak lewat jika dibandingkan dengan perkembangan yang dicapai oleh
negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan,
Johor dan Pulau Pinang. Usaha serta perbincangan untuk membina landasan
kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan
November, 1893 di "British Foreign Office" di London.
Menjelang
akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati bahawa terdapat perkembangan
yang agak menggalakkan di dalam aktiviti pertanian dan perlombongan bijih
timah di Kedah. Di samping itu, terdapat juga perkembangan perdagangan yang
agak menggalakkan di antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang sudahpun
menjadi Koloni Inggeris.
Perbincangan
serta usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah
bermula pada penghujung bulan November, 1893 di British Foreign Office di
London. Mr R.W.Perks, M.P. telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray,
Setiausaha Sulit Hal Ehwal Kerjaan Inggeris berhubung dengan perkara di atas.
Mr R.W.Perks mewakili "Malay Konsesi" yang diluluskan oleh kerajaan
Siam pada bulan Mac 1891 kepada Mr. Charles Dunlop untuk membina jalan kereta
api sejauh 80 batu dari Singgora di bahagian pantai timur ke Kota Setar. Di
samping itu, Dunlop juga meminta kebenaran kepada pejabat Hal Ehwal Luar
Kerajaan Inggeris untuk menyambung landasan kereta api Pulau Pinang.
Seterusnya Dunlop juga bercadang untuk meminta kebenaran membina satu lagi
landasan cabang dari Kulim ke Selama (sempadan Kedah-Perak).
Namun
begitu negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza
dengan latarbelakang negeri lain. Sebelum negeri Kedah masuk di bawah naungan
Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi pertelingkahan telah timbul bersabit
dengan cadangan untuk membina jalan kereta api di negeri Kedah di antara
Kerajaan Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada
kegagalan cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke
Kulim. Justeru dengan termetrinya perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909,
apabila kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah
kerajaan Inggeris di Tanah Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk
membina landasan kereta api di Kedah.
Kerja-kerja
pembinaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah bermula
pada penghujung tahun 1912, dan dibuka dengan rasminya untuk kegunaan
pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan kereta api dari
Bukit Mertajam ke Alor Setar telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam
era sistem pengangkutan dan perhubungan di negeri Kedah.
|